Thursday 26 January 2012

Wanita :)

Assalammualaikum

 hari ni hari Jumaat. :)
nak kongsi something supaya semua dapat manfaat. insyaAllah

kita as perempuan, kena jaga aurat kan? sebab aurat lah kunci sesuatu ibadat. 
aku ada baca satu artikel, antara solat yang tidak diterima ialah orang yang tidak menutup aurat. Subhanallah. 
sama-sama kita muhasabah diri. 

korang pun tahu kan, wanita tak boleh menzahirkan anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan. 
 tapi, sekarang berapa ramai wanita yang pandang remeh pasal aurat nie. lebih-lebih lagi remaja.
Dekat bawah ni ada satu artikel yang aku pernah baca yang boleh kita kongsikan, :)


1. Bulu kening -  
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian - 
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -  
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher -  
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan -  
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya

- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-
====================================

Aku rasa sedih bila aku baca blog perempuan yang menangis sebab lelaki. Subhanallah, dari korang menangis sebab lelaki, lebih baik korang menangis sebabkan ingatkan allah. Aku bukan nak berlagak alim. tapi, aku pun perempuan, aku pun pernah rasa dalam perasaan suka dekat lelaki atau 'cinta'. kan? kita kan perempuan, memang takkan lari dari fitrah alam ni. Tapi, pernah ke kita terpikir sejauh mana 'cinta' kita tu pada lelaki tu? Cinta ke namanya kalau si lelaki tu asyik buat kita sedih, buat kita lalai dalam melaksanakan ibadat, buat kita menangis, semua tu hanya disebabkan kita terlalu leka dengan 'cinta' lelaki yang kita pun tak tahu sejauh mana hubungan 'cinta' kita tu. Aku tak pasti kesahihannya, tapi berdosa seorang perempuan yang mengalirkan air matanya hanya kerana lelaki. Kenapa korang perlu bazirkan air mata korang tu hanya untuk seorang lelaki? lelaki yang hanya tahu buat kita menangis, kan? Aku cakap ni bukan untuk semua lelaki, tapi aku pun pernah lalui semua ni, aku cakap berdasarkan pengalaman. Tak semua lelaki macam tu kan? Lelaki yang betul betul cintakan kita ialah suami kita yang sah, tapi, siapa lelaki tu kita pun tak tahu kan? Korang pasti ke lelaki yang korang sayang sangat tu jodoh korang?  Kalau bukan, korang dah bazirkan waktu korang dengan orang yang salah. Korang dah tersalah orang untuk ucap kata 'cinta' tu. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik kan. Tapi, kita tak perlulah susah payah sekarang untuk mencari lelaki yang baik, tapi kita persiapkan diri untuk menjadi wanita yang baik. InsyaAllah lelaki yang baik itu akan datang tanpa dicari kerana jodoh pertemuan kan ditangan Tuhan. Tak salah kalau kita jadi mawar berduri kan? :) Kita tak perlu menangisi sesuatu yang berlaku pada kita sebab semua tu ada hikmahnya. aku perempuan, and aku rasa tanggungjawab jugak untuk cakap benda ni. maaf kalau ada yang terkhilaf. Aku hanya insan biasa. :)

Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
dia datangkan petir dan kilat,
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar?
Rupa rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi! :)













ouh, kejapnya dah nak naik sekolah. Subhanallah, rasa kejap je. lusa dah balek ostel daa. rindulaa dekat tigs. lepas nie, back to my normal life. haha bangun tido, pegi sekolah, balek sekolah, prep and so on. takpelah, aku happy macam tu. Alhamdulillah, tahun ni aku rasa tenang, aku rasa excited bila pergi sekolah, aku tak rasa sedih lagi bila bangun tidur. entah la, maybe 2012 ni tahun last aku as student dekat tigs tu, so aku nak appreciate setiap moments aku dekat situ. hee InsyaAllah

cuti nie aku macam katak bawah tempurung. duduk je dekat rumah. dulu, selalu pergi rumah jieha, buat homework sama sama tapi cuti nie tak jumpa jieha langsung, cakap je rumah kitorang dekat. maybe dua dua dah busy. okay, BUSY~ huhu tapi, petang nie dah janji nak jumpa jieha, nak tengok ADIK BARU dia! :D
Nur Sirratun Najah :)

solat dulu
Assalammualaikum

Setulus kasih seindah bicara


No comments:

Post a Comment