Saturday 21 January 2012

terima kasih :)

Assalammualaikum


lama dah tak update blog nie, rasenya hari ni mcm last entry je. :)
tahun ni kan nak SPM, so semua dah block. 

1. handphone
dah tak gune fon, sebab aku ni mudah sangat leka bila dgn fon, so, better aku tak payah guna langsung kan. :) 

2. facebook
musuh dalam selimut, :) dah diactive lamaaa dah. nie pon antara slh satu benda yang bule buat aku lalai. so, cara terbaek, diactive. lepas nie nak face book je. insyaAllah :)

3. lelaki
tipula kalau takda teman lelaki kan? okay, kejap.. teman lelaki tak bermakna boyfriends kay, tapi, kawan lelaki. 
prinsip 2012, taknak contact lelaki. 

Ya Allah, permudahkanlah aku. :)
Ya Allah, jika belum tiba masanya aku jatuh cinta, 
Maka jauhilah aku dari cinta dunia ini, 
Jangan izinkan aku jatuh cinta,
Pimpinlah aku menuju jalanMu, 
Jauhilah aku dari kemaksiatan, 
Ya Allah, 
Jika bukan masanya, 
Selamatkan kami, 
Jarakkan kami, 
Pisahkan kami,
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Mencari redha ilahi, 
Jika aku ditakdirkan jatuh cinta, 
Berilah aku insan yang mencintaiMu, 
Insan yang benar-benar boleh memimpinku ke syurgaMu
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku. 

Aminn..

Tahun mungkin baru, tapi Tuhan tetap sama, selama-lamanya..
aku harap aku dapat jadi lbih baik dari semalam, tahun lepas n tahun2 sebelumnya. 
tahun ni, aku nak buka buku baru, azam baru, 
nak jadi NADIA SYUHADA yang baru. Ameen...
tadi terbaca artikel dkt suratkhabar, tentang 'suara dari langit'  yang dirakam dekat Samarahan pd 11 n 12 Januari lepas. bukan samarahan je, tapi ada 18 negara yang dengar termasuklah Canada, England n Denmark. 
aku pun baru tahu, maklumlah duduk hostel. tapi, berita ni betul-betul menginsafkan aku. banyak iktibar. 





komen seorang mufti tentang isu ini 

Rasulullah pernah menyatakan tentang huru-hara besar akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan, di mana akan menyebabkan semua orang terjaga dari tidurnya. Hadis itu menjelaskan, ada satu suara yang amat dasyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru- hara tersebut melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak dua pertiga, yang tinggal hanya satu pertiga sahaja. 

' menurut kajian Agrnsi Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), pada 21 Disember 2012 satu planet yang dikenali planet x akan melintas bumi. wallahualam.

Adakah kita tergolong dalam golongan satu pertiga itu? Adakah ia akn berlaku pada 2012? peristiwa itu pasti akn berlaku mengikut hadis Rasulullah. 

Hadis tersebut diriwayatkan daripada Nuaim bin Hammad bahawa Rasulullah pernah bersabda, Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu. Kami bertanya, Suara apakah Ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, 'Suara keras' di pertengahan bulan Ramadhan pada malam Jumaat, akn muncul suara keras membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat terjadinya banyak gempa. ' Jika kalian melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. ' Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkan, ' Mahasuci Al-Quddus, Mahasucu Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus, kerana brangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi baranagsiapa yang tidak melakukannya akan binasa' 

Subhanallah, aku rasa takut sangat. :''(
Kita hendaklah mengambil iktibar atas perkara2 pelih yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah. Mungkin ini adalah amaran pada kita. Rasulullah pun ada sebut kita nie umat kahir zaman, banyak petanda yang berlaku. Rasulullah ada sebut, ada orang yang kan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia tenggelam dalam tanah runtuh, gempa bumi pun bnyak berlaku. 

lepas baca artikel tu, aku balek rumah, sebab petang tadi aku dekat rumah nenek aku, then aku bagitau ibu, 
ibu pun terkejut, petang tadi langit gelap sangat, guruh pun kuat, hujan lebat. aku rasa takut sangat. aku bersihkan diri, then aku duduk je dalam bilik, aku baca al mathurat yang aku ingat, aku pikir dosa yang aku dah buat. tiba2 aku tak sedar aku menangis. Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang diredhai. 
aku rindukan syurgaMu, aku ingin menjadi hamba yang dapat melihat wajahMu di syurga kelak. aminn.


STOP, THINK RESTART

TERIMA KASIH Ya Allah beri aku hidayahMu. Mudah-mudahan aku terus berada di bawah lembayungMu 
Aminn :)




entry kali jie takde niat untuk ditujukan pada sape2, just ingatkan diri yang dah mula lalai. hope bagi manfaat pada semua. Aminn 
nak buat PA. homework banyakk. insyaAllah siap before naik cuti. :)


Assalammulaikum
setulus kasih, seindah bicara








1 comment:

  1. w'slm nadia syuhada :)
    alolooooo..macam mane nak contact kalau cuti2 cam nie? hahaaaaa. nvm, mudah-mudahan Allah permudahkan, ameen. ingat tak benda yang aku cakap kat surau ari tu? tolong aku ye Yaya. thanx untuk peringatan. memang kita manusia akhir zaman yang banyak sangat khilaf dan melagha. astaghfirullahhal'azim...tolong aku ya yaya :)

    ReplyDelete