Thursday 18 April 2013

Hidayah :)


Assalammualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang :)


Harini tak ngantuk, so nak luangkan masa hadap cik sayang belog ini ^^
act, title atas tu takda la kena sangat dengan apa aku nak cakap. :)

Wahhhhhh, cuti sangat lama sampai sekarang kebuntuan melanda taktau nak buat apa. 
Tak sabar nak sambung belajar balikkk. 
Rasa macam 'cukuplah cuti, cukuplaaaaah ! '
Then since dah dapat lesen ni, kerjanya merayap je. 
Kejap dengan kawan kawan tigs, lepas tu dengan kawan kawan sekolah rendah. 
Sampailah satu hari, 
duduk dekat playground main jongkang jongket. huhu dengan ct wanie, then tibatiba cakap pasal usrah semuaa. 

Masing masing rasa macam dah banyak sangat perkara lagha kitorang buat sejak cuti ni. 
Lagi lagi jauh dari kawan kawan yang selalu ingatkan, 
Rasa kosong, serius kosong. +_____________________+

fuhhhhh, perlu refresh diri balik. 
Perlu cuci kotoran kotoran dkt diri ni, 
Perlukan sambutan tangan sahabat sahabat, 
Bawak pergi majlis majlis ilmu. 
Ada usrah, tp jauh dekat rengit. +_+
Sekarang tengah plan nak cari usrah dekat parit raja. Dekat sikit.
Akak akak usrah tu pon jarang contact, maybe mereka busy. 
Takkan nak contact kita je kan. 
So, perlu ambik inisiatif sendiri cari majlis majlis ilmu untuk diri sendiri.
Kesian dekat diri ni haaa, kalau la diri kita ni boleh bercakap, 
Mesti diri ni cakap, 

'hey, asyik melagha je'
' I need Usrah '

huhhh, tak tau nak cakap macam mana, 
tapi memang kena buat sesuatu. -_-
Asyik buang masa je. haihhh
 nadia nadia. apa nak jadi. ^^"


Semoga dipermudahkan segalanyaaa :D 


salam :) 










Wednesday 17 April 2013

Up and Down


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalammualaikum :)


Kalau tak refresh, maka ia akan jadi loading dan loading.
Kalau tak dicuci, ia akan jadi kotor, 
Kalau tak disambut, ia akan jatuh, 
Kalau terlambat, ia akan terus begitu. 


"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

taknak jadi orang orang yang kerugian tu, :'(
nak cakap banyak banyak, tapi dah ngantuk.




see yew soon +_____________________+ 

Salam 


Friday 22 March 2013

Sesungguhnya, Aku Redha Ya Allah. :')


Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum :)


Apa kabar? Sihat? Result SPM sihat?
Alhamdulillah, tahniah untuk semua yg berjaya. 
syira, jieha, ily, dayana, iera, intan. semuaaa laaaaa. :)
Btw, sorry kalau tak reply mesej atau chat tu, takde kredit plus emosi pulak mcm turun naik. ^^
 Cerita dari awal la eh.


21 MARCH 2013

Yess, tarikh yang amat bersejarah untuk kami yang bergelar calon SPM 2012 sebab diumumkan result.
Pagi tu pergi ambik result dengan ibu, berdua je sebab ayah kena jaga result anak murid jugak. 
Pagi tu memang sangatlah berdebar, 
Pukul 10 gerak dari rumah, sampai sekolah dalam 10 lebih.
Sepanjang perjalanan tu, dah istighfar, selawat banyak2.
Redha apa je yang dapat. 
Langkah masuk dalam sekolah macam macam reaksi ada, 
ada yang nangis, ada yang senyum, ada yang saje je,
Dengan perasaan berdebar, masuk dewan 
orang 1st jumpa Syafiqah Usman dengan Fatehah, tanya diorang okay tak?
diorang jwab, sedih la diya, sedih sedih pun dapat 7A dgn 8A jugak. Tahniah! 
Then diorang ckp hostel sorang je dpt straight, SYAHIRAH HAMDAN. 
Tahniah sahabat. :) dah agak dah. ^^
Terus pergi meja cikgu, cikgu senyum then bagi slip.
Dapat slip taktau nak cakap apa, speechless.
Takpela, aku kongsi jela. 


BM - A+
BI - B+
SEJ - A-
MATH -A
AGAMA - A
ADD MATH - B+
PA - B
CHEM - C
BIO - C+
PHY - C+


hanya dapat 4A3B3C je.


Masa tu, aku rasa aku redha dengan keputusan eventhough tengok ramai yg nangis peluk parents masing2 bila result tak berapa cemerlang.
Lepastu ibu ckp, takpe kak, okay la tu. :)
Walaupun tau ibu nak sedapkan hati je sebenarnya, akak tahu dlm hati ibu mesti ibu sedih kan. :'(
Masa tu perasaan bercampur baur, nak keluar selisih dengan kawan2 tanya result, tapi hanya mampu senyum dan terus keluar. Tak spent time masa pon dengan diorang. sorry :/
Dalam kereta aku pegang je slip tu. then cakap dekat ibu, 

ibu, kenapa akak tak nangis ni?

ibu senyum je, Ibu tabahnya hatimu walaupun akak tak mampu capai harapan ibu ayah, ibu mampu tersenyum saat itu. 
Terus pergi rumah mak abah a.k.a atuk nenek. 
Mereka antara oraang yang selalu sokong dan selalu kitorang mintak mereka buat solat hajat bila cucu2 mereka ni nak exam. 
Syukran mak abah. 

Dekat rumah nenek, tengok lagi slip tu.
Taktau nak ckp apa, mungkin bila ada kwn2 dah nangis kot masa tu. :'(
Rasa sedih? 
MESTILAAAAAAAAAAA. 
Rasa sedih tak dapat nak capai impian ibu ayah, orang sekeliling. :'(

Petang tu, balik rumah dekat Parit Raja. 
Petang tu tertidur sambil slip dekat tangan. Macam nak semuanya mimpi ya Allah .
Tapi, bangun slip tu masih ditangan dengan keputusan yang sama. 
Takdir Allah.
Sorang sorang dalam bilik nangissss teresak esak.
Ya Allah, ini ujianMu untuk diriku. 
Walaupun ibu ayah tak ckp diorang sedih , tapi aku tahu diorang kecewa. 
Malam tu ayah motivate diri ni sbb tahu anak diorang ni tengah down, :(
Ayah beri dua pilihan untuk sambung belajar.
Hati dah redha , tak kesah mana mana sekalipun janji akak dapat tebus balik SPM ni :'( 
Lepas tu nangis lagi dalam bilik. see, berapa kali aku nangis. 
Tak sanggup nak pandang mata ayah dan ibu sbb dah kecewakan mereka. 


 Malam tu pulak masuk mesej mesej dari akak2 senior, kawan2 tanyakan result.
Setiap kali bukak, tak sanggup nak reply. plus nasib baik mmg kredit takde masa tu. 
Nangis lagi +_+
Sangat perlukan sokongan kawan kawan, tapi taknak ganggu mood happy diorang dengan cerita kesedihan ni kan, so prefer nangis sorang2 bertemankan Allah disisi. .


Aku tahu ini bukan penamatnya, tapi aku sedih sebab aku tak dpt nak gembirakan ibu ayah. 
Mereka sangat berharap,. 
Ini dugaan untuk aku, Mungkin rezeki aku bukan di SPM, 
mungkin di STPM>????


Rezeki Allah dimana mana kan.
Mungkin Allah nak uji hambanya ini supaya lebih dekat padanya, 
Supaya lebih berusaha. 
Aku terima semuanya dengan hati yang terbuka walaupun airmata bergenang saat tulis post ni,.
:'(
Aku nak tebus semuanyaaaa. 
Ya Allah, kau lembutkanlah hatiku untuk menerima segala ujianMu. 
Kau yang Maha Merancang. 



 Tahniah untuk semua yang berjaya dalam SPM 2012. :)
Yang kurang berjaya, takpa. Ini bukanlah penamatnya,
Gagal di dunia tak bermakna gagal selamanya, tapi 
jika kita gagal di akhirat itu kita akan gagal selamanya. :)


 
masa form 4, demammm rindu +_+

































form 5, study group at library uthm. :)















Buah Hati :)

darah daging ku . :)n




















ohhh, rinduuuuu :'( PH <3








SETIAP GAMBAR ADA MEMORI TERSENDIRI :')

Semoga semua rakan rakanku berjaya mendapat tempat di universiti yang terbaik demi masa depan yang terbaik. aminnn.
Kenangan kita semua dari form 1 sampailah form 5 akan kusimpan dalam memoriku hingga akhir hayat,
RINDU KORANG SEMUA,
Takkan aku jumpa sahabat seperti korang,
Apa yang kita lalui semuanya pahit manis sama sama.
tapi malu nak jumpa. :'(
Entah aku akan jumpa lagi sahabat sejati seperti kalian.
Doakan dipermudahkan saya menyambung masa hadapan dengan semangat baru yang membara!
Wallahualam.


p/s : Sempada, jangan lupa blog kita eh. :'(




SESUNGGUHNYA, AKU REDHA YA ALLAH 
ALHAMDULILLAH

AKU BERSYUKUR . ALL PRAISES TO ALLAH :)





Saturday 12 January 2013

3 Cerita :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. :)

Assalammualaikum

Lama dah tak hupdate. Since tahun lepas. and sekarang dah masuk 12 hari tahun 2013.
Tiba tiba hati terlompat lompat nak update blog usang ni. heeehee
Banyak sebenarnya nak cerita, tapi 'mim alif lam sin' lebih menguasai. huhu
Okaylah cerita dari last month eh,
tapi, taknak baca takpa, saja meluahkan rasa di dada. ceh ayatt. :D

Btw, last month aku dgn family dah pindah Parit raja atas sebab2 tertentu dan orang orang tertentu je yg tahu kan. :) Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sejak pindah sini. 
Tapi alkesa, sedih la jugakkk, yela, pisah dengan kawan baik nun jauh dekat kampung tu kannnnn and dia jugaklah org first yg tahu aku nak pindah. Kan Najihah :)
lagi sorang tu yang duduk Tmn Sri raya, heee dia lagila sedih, yolaa, selalu pegi pasa sesama kan. :)
Tapi, pindah Pt Raja ni ada kawan baik jugak. lagilaaa, sekangkang kera je rumah kitorg.
jengah jengah dah nampak rumah Dayana. :) Bosan bosan cycling, takpun jogging sesama. 
Tapi duduk taman dengan kampung mana sama, ye dak?
bisisng bising sebelah rumah boleh dengar. 
So, aku jadi wanita terakhir la sejak pindah sini. 
Nak marah adik bisik je dekat telinga.  huehueheu.*hiperbola

Then, duduk la rumah jadi anak dara tunggu org masuk meminang. hihihi
Takdela, act, duduk rumah jadi maid sukarelawan. 
bangun pagi pagi, kemas rumah, sapu sampah and so on. Kerja maid kan, korg pon tahu mcm mana. 
Tak lama tu, ambik lesen dengan Dayana. senangkan, dah ada kawan dekat. 

Tup tup, dah naik sekolahhh.
Adik2, ibu ayah pergi sekolah,
Tinggal la dekat rumah, sebab nak kerja tak jumpa lagi kerja yang sesuai..
hee, sebenarnya malas. :D
 Ibu pergi sekolah terus bangun sebab takut tak bangun pulak nanti bila semua dah pergi sekolah kan. 
Then buatla apa yang patut, sapu sampah, settlekan kain baju, and most important, 
Masak! hee alhamdulillah, 
Bak kata ayah, jadi perempuan ni mesti kena pandai semua. so, belajarlaa.
Even, tak blajar masak yg official, tp act kalau dah sorang sorang tu boleh je masak. 
Nak atau tak je. kann? 
Ibu kata belajar masak sebulan, then nanti nak kerja , kerja la.
Tapi macam nak duduk rumah je. :)
Sebab lagi banyak pahala. ^_^ 
Tengoklaaa nanti.
 Okay, tutup cerita. Nak cerita lain pulak. :)


_______________________________IKLAN___________________________________



PERUBAHAN =)


Semua orang nak berubah. Tak perlu tunggu sampai seru, niat yang penting.
Dekat ceruk mana sekali pun kalau niat kita tu kuat, kita boleh berubah.
Jujur, mungkin ada yang dah tahu, aku pun start nak ubah pakaian yang dulu, masyaAllah, macam tak ingat dunia. tapi taklah  maksudnya terdedah sana sini, tapi pakaian aku dulu still tak ikut syariat Islam sebenarnya. Bila fikir fikir, malu pada diri, malu pd kawan kawan, malu pada Allah :'(

Jujur, Walaupun sekarang aku berusaha nak ikut syariat yang sebetulnya, tapi diri ni rasa tak cukup lagi.
Tak bermakna aku tak bersyukur, ye alhamdulillah sangat dengan semua ni.
Tapi, maksudnya, tak cukup pengisian rohaninya. 
Sangat perlukan usrah usrah, ceramah agama yang mendekatkan kita pada Allah.
Sekarang pun,dah jauh dari kawan2 yang dulu boleh sling mengingati to each other. 
Mungkin, sekarang boleh lagi, melalui fon atau facebook ataupun blog. 
Tapi tak sama bila kwan depan mata. kann. 
 Rindu masa dulu saling kongsi semua cerita bila sedih,gembira, ataupun cerita cerita yang boleh jadikan pengajaran.

Mungkin sekarang, masa untuk berdikari sendiri. 
Kena kuatkan iman, kuatkan diri hadapi dunia yang makain mencabar.
Nanti bila dah masuk U kena survive sendiri jugak kann. 
InshaAllah, walau macam mana seklalipun, Allah ada :')


subhanallah, rasa gembira, terharu bila tengok ramai sahabat yang berhijrah ke arah tu. :)
Yela, mungkin memang susah, dengan dugaan kwan, family.
Tapi, Allah tetap ada untuk kita.
Buat perlahan lahan, diri ni pun masih belum kuat. 
Tapi, kalau istiqamah inshaAllah bolehh.
niat kita dulu. 
Bila dengar cerita sahabat yang nak berubah tapi halangan kelarga, bukan maksudnya keluarganya menghalang, tapi mungkin keluarga belum faham lagi. Tapi, kita kena buktikan jugak. 
Tak ada yang mustahil. 
Memang mula mula syaitan dah bisik,

'tak takut ke nanti family pandang apa?'

'nanti kawan kawan taknak kawan bila dah pakai macamni, macam macik2.'

'nanti tak boleh ikut fesyen'

itu dan ini. 
memang akan terlintas, itu aku dulu la.
Tapi, takkan kita asyik nak fikir negatif je kannn. 
Cuba fikir positif,

'nanti boleh elak maksiat'

'elak dari pandangan lelaki'

'boleh jadi lebih baik'

macam macam lagi perkara baik kita boleh fikir.
Biar tak cantik pada pandangan manusia, tapi cantik pada pandangan Allah. :)
bagi yang nak berubah, kuatkan hati. Endahkan bisikan syaitan dan kata kata orang. 
Ini untuk kebaikan kita. kebaikan diri sendiri. 
bila kita nak berubah, akan ada sahabat yang ada dengan kita, sama sama beri semangat.
Jangan takut. Ini untuk pesanan pada diri ini jugak. :) 
The end.



________________________________IKLAN_______________________________
 
  

JODOH


Ouh, imam?
ye, imam.
Imam merangkap ketua keluarga.
Bukan nak gatal gatal cerita pasal kahwin or apa apa.
Tapi, ada benda yang nak kongsi.

Siapa tak nak lelaki soleh untuk pandu hidup kita kan?
Semua nak. 
Tapi, kita dah solehah ke utk dapatkan lelaki yang soleh tu.
maaf, diri ni pun masih jahil lagi. :'(
Tapi, betul la kan, 
lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah. 
Couple?
memang trend kan.
Diri ni pun prnah terjebak masa zaman zaman jahiliyah dulu. 
Astaghfirullah. Malu sangatttt.
dan hampir hampir tejebak. 

kadang kadang terfikir, perlu ke couple?
Kenapa, takut pakwe or makwe kita tu jatuh tangan org lain?
Itu ke jodoh kita?
Pasti.
Jodoh pertemuan ajal maut ditangan Tuhan. Siapa kita nak menentukan siapa jodoh kita.
Benda ni akan buang masa kita, buang duit, buang tenaga.
Mesej seharian, kol malam malam. 
hanya nak tanya, 
buat apa tu, sihat, dah makan, dah potong kuku, pakai baju apa harini, ibu ayah sihat?

heee, okay, pengalaman ni. Tapi pengalamn pahittt. gulp.

Buat apa nak tanya semua tu, ececeh, konon caring. 
simpanlah caring tu utk pasangan kita je. :)
Biasalah usia nak meningkat remaja, ini normal. tapi bukan fitrah.
Budaya ni semua kita sendiri yang wujudkan, then takboleh cakap benda benda ni fitrah. 
rasa sedih sangat bila tengok perempuan senang sangat jatuh pada kata kata lelaki.
Buat status sayang sayang, rindu rindu.
dulu aku sendiri pernah, tapi setiap manusia ada kesilapan.
Berubahlah. Tak perlu pandang pada masa silam kita. pandang ke hadapan dan mulakan hidup baru. 
 
muslimin muslimat yang dirahmati.
kesian pada bakal bakal pasangan anda, sebab anda dah salah ungkap perkataan sayang rindu tu pada org yang salah. Mungkin, kadang kadang org yang kita couple tu mmg jodoh kita, 
tapi kita dah lari dari syariat Islam. :)
jadi, marilah sama sama kita perbetulkan benda yang tak betul ni.
Tak salah nak suka pada orang, ada perasaan pd orang, ini fitrah manusia, tapi kenakan lah pada syariat dan cara yang betul. 
kalau suka sangat pon, diam je. 
suka jugak sangat sangat, doa banyak banyak.
mudah mudahan dia tu jodoh kita. Dan Allah jauhkan kita dari perkara yang tak elok. kalau bukan jodoh kita, mungkin ada lebih baik kan?
Fikir positif.
Allah Maha Adil :)
Allah takkan menganiaya hambanya. 
Sama sama perbaiki diri, update diri ni, supaya lebih bertambah pahala.
Buat apa update status yang apa apa utk menambahkan list friends. 
Itu dunia.
Kan lebih baik kitab buat amal ibadat untuk tambahkan pahala, 
itu akhirat. 
inshaAllah. :)


Semua ni ingatan untuk diri sendiri jugak yang selalu terleka. :')
Ada masa, panjang umur update blog lagi ea.
Doakan yang terbaik untuk semua muslimin muslimat.
Topup pahala dengan baca al quran and solat solat sunat. :)
 
 
Kita jumpa di Jannah inshaAllah. Aminnnn. 
Jazakallah khairan kathira ya muslimin wa muslimat :)
Assalamun alaik :)
 
 







Friday 28 September 2012

Masa Mu Akan Tiba :)

Assalammualaikum
Hye readers ;)


Mata terkebil kebil buat Math pagi pagi  >_<
Baru buat berapa soalan tangan dah gatal nak update blog. :)
Almaklumlaa bila dapat green light bawak lappy pergi hostel. Lagi lagi bila keliling ada wifi. ngeee~
Pagi pagi ni hati terpanggil nak share something yang boleh mengingatkan kita semua termasuk diri ini. 

Pernah rasa sedih? Of coz semua pernah rasa kannn. 
Gembira macam mana sekalipun mesti takkan lari dari rasa sedih tu.
Pernah rasa kecewa tak dapat result best?
Aku pernah. :( 
Selalu sangat rasa sedih bila tak dapat markah yang kita target. 
rasa diri dah buat yang terbaik, tapi still tak satisfied dengan apa yang aku dapat.
Kadang kadang asyik terpikir je. 
Ni mesti ada something wrong yang aku buat.
Asyik terpikirrr. = ='

Allah tak kabulkan doa aku ke?
Aku tak cukup usaha?
Mana silap aku ?

Bila nak dapat kertas exam, mesti tangan automatik sejuk semacam,
mula gabra tak tentu,
sampai kawan sebelah pon perasan. 
Bila dapat result, macam macam expression muka ada. 

:) 
:(
:'(
:')

kannnnn?

Bila tak dapat apa yang kita nak, mula rasa sedih.
Rasa give up. 
Terbayang muka parents. 
Sebab tak dapat nak buat yang terbaik.
Aku rasa down.
Tapi Allah tu Maha Adil,
Dia utus seorang sahabat kala hati ini mula pikir bukan bukan.

"Diya, jangan la sedih, mungkin rezeki kau bukan dekat sini, mungkun masa SPM nanti'
'Allah nak kau usaha lebih lagi, mungkin kalau result kau okay skarang, nanti kau kurang usaha'
" Jangan pikir sangat, SPM ada lagi, ada masa lagi"

Hati mula tenang, muhasabah diri. 
Betul kannnn. 
Mungkin doa kita tu Allah kabulkan dekat Akhirat kelak.
Mungkin Allah akan bagi untuk masa masa depan kita nanti.
Mungkin kita tak dapat sekarang, mungkin masa dah kerja ke, masa dekat U nanti.  Allah knows right?

So, kita jangan just have to berprasangka baik dekat Allah. :)
InsyaAllah doa kita kan dikabulkan. Aminnnn. 
Bila tengok kawan2 dapat lagi bagus dari kita, hati mula rasa cemburu.

'Bestnya jadi macam dia, pandai.'
' Kalau lah aku jadi dia.'

Mesti kita pernah terpikir macam tu kannn?
Itu rezeki dia, Allah ciptakan semua ni adil.
Tak ada lebih tak ada kurang.
Cuma kita yang tak perasan.
Betul. Kita tak perasannn.
Lepas ni kita sama sama buang perasan itu okay? :) 
Kita samasama. 

LA TAHZAN YA MUSLIMAH. 
KEEP UR SMILE ALWAYS. :)

Hiasi akhlak, mulia peribadi. :)



Hey awak awak yang nak ambik Spm tahun ni,
kita da 37 hari lagi. InsyaAllah dalam masa tu akan merubah apa2 saja result kita nanti.
yang penting, USAHA! ye, USAHA! 
then, TAWAKAL. :) 
Jangan give up, Allah ada bersama kita. SELALU. 




Hanya padamu aku meminta,
Ampuni segala dosaku,
Segala dosaku. 
Kerana mu aku disini, keranamu aku kembali,
Hingga tiba saatnya nanti 
Peliharalah diriku, keluargaku, sahabat sahabatku. 
Amin Ya Rab :'(



Assalammualaikum.