Saturday 4 February 2012

lumrah hidup

Assalammualaikum


Alhamdulillah, sampai rumah petang tadi pukul 6. haha Act, ada kelas tambahan sampai pukul 1, then ayah ambik pergi sekolah ayah kejap. Sekali sampai pukul 6. Takpelah, tolong ayah dapat pahala. 
Esok pulak ada majlis maulidurasul dekat sini, ayah mintak tolong arrangekan. mula mula macam mengeluh, sebab nak exam, takpelah InsyaAllah dapat berkat tolong ayah untuk majlis mulia macam ni. Pandai pandailah arrange mase untuk study dkt rumah. Dengan Izin Allah sempat. :)
Minggu ni ada Pk 1, rabu sampai sabtu. Mudah mudahan dipermudahkan untuk jawab. 


Semua manusia tak sempurna kan? Aku hanya manusia biasa, dan aku dilahirkan tak sempurna. 
Aku juga punya hati dan perasaan dan hati yang mahu dijaga. 
Terkadang aku memujuk hati membiar saja semua itu tanpa tersinggung hati.
Biarlah menyakitkan hati, asalkan hati sahabat di kelilingku bahagia. 
Aku bahagia apabila mereka gembira.
Namun, pernahkah kalian memahami perasaanku? 
Aku bersyukur mengenali kalian, teramat. 
Mungkin tanpa disedari kalian terlontar kata-kata yang kalian tak mnyedari telah mengguris hatiku. 
Aku hanya mampu tersenyum.
Sedangkan Rasulullah bersabar dengan pelbagai dugaan yang menimpa baginda. 
Aku hanya mampu memujuk hatiku agar bersabar. 
Mungkin aku pun pernah mengguris perasaan orang sekelilingku. 
Sahabat, 
Mungkin ada ketika kita tak sefahaman, 
Namun apalah sangat ketidakfahaman itu jika nak dibandingkan dengan beribu ketika kita bersama. 
Terkadang, dalam impian mahu mengejar kebahagiaan akhirat, 
Ada ketika aku terleka dengan kebahagiaan dunia yang sementara,
Sahabat, 
Saatku jauh dari keluarga, siapalah yang mampu untuk kuharapkan untuk membimbingku semula selain sahabat sahabatku, 
Sahabat, 
Kau gapai lah tanganku, pimpinlah aku menuju jalanNya,

tengok sini kejap, ;)





Sama samalah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Selawat junjungan untuk baginda Rasulullah s.a.w 


off
Assalammualaikum
setulus kasih seindah bicara










No comments:

Post a Comment