Wednesday 21 December 2011

tiada yang mustahil kan?

Assalammualaikum :)



 tadi bukak blog syeera, 
seriusly, memg betul apa yang die ckp. baru aku sedar semua tu. 
do view her blog too. :)

semalam dpt text dri pah n ily,

'nadia...:''(  bru pas view blog kau.. aku nak follow, tp takut..
nges nie.. :""(

'diya, nak peluk kau'

pah,ily,  seriusly, hati aku tiba2 sebak bila baca msj yang korg bg. mase mula2 aku buat post tu, aku takut org pndg lain dkt aku, tp alhamdulillah. aku dpt respon psitive dari kwn2 aku. 
thanks korang. rupa2nya aku tak sorang2, tp Allah kirim korang utk sama2 dgn aku. korang lah kwn dunia akhirat aku. :)
aku buat post mcm tu pon sbub tak semua perkare kita boleh luahkan melalui lisan kan.
 kdg2, writing will make us feel better, trust me. :)
 aku share cerita dkt sini bukan niat utk cakap aku ni dah berubah atau apa, sebub org lain yang akan menilai kita. aku just nak berkongsi cerita n pndpt yg aku hrp dpt bg motivate dkt aku n insyaAllah sape2 yang bace. :)

takd sape2 paksa aku utk buat semua ni. tp aku jadikan kawan2 aku yang lebih dulu melangkah dari aku sbg perangsang. aku cemburu tengok diorang pakai tudung labuh, pakai stokin. aku rasa diorang beruntung sgt2. tapi, kenapa aku tak cuba jadi macam diorang sdgkan aku tau besar kedudukannya disisi Allah.
kenapa aku mesti buat2 tak nampak je sdgkan Tuhan dah tunjukkan dpn mata kita sendiri.
tapi, semakin jauh kita dariNya, semakin dekat Dia menghampiri kita.
dulu asal tutup aurat je, padahal Islam pun da jelaskan syarat2 tutup aurat kan. tapi,
remaja...
ikut fesyen je memanjang, dulu aku pun same, pantang npk shawl, mesti nak beli. padahal dah tau shawl2 tu semua jarang, tak tutup dada kita sepenuhnya. kan? depends on cara pemakaian kita yang menggayakan shawl tu.
sekarang, baru aku rasa bila kita pakai tudung yang menutup semua aurat kita, kita akan rasa betapa terlindungnya kita dari pandangan org yang bukan mahram kita. banyak kelebihan sebenarnya, aku je yang buat2 tak nampak. jahilnya aku. :(
dulu, aku suka tengok perempuan yang pakai tudung labuh, pakai jubah, aku rasa malu kalau jalan sebelah diorg. rasa mcm aku nie kerdil sgt.
tp, alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan pada aku, walaupun aku nie dah byk buat dosa.
mula dari apa yang kita mampu dulu, insyaAllah lama kelamaan kita akan terbiasa.
memg mase 1st2, macam2 yang kita akn pikir, maklumlah itu semua hasutan staitan yang benci kita bila kita nak buat kebaikan. tp, ikhlaskan hati, kuatkan iman.
tepuk hati, tnya iman. :)
mungkin org lain akn pandang lain pd kita, tp insyaAllah pandangan Allah pada kita tinggi darjatnya.
mungkin kita tak npk, mcm dosa n pahala jugak,
kalau Allah tunjukkan betapa besarnya pahala, betapa pedihnya dosa, mesti semua org berlumba2 nak buat kebaikan, tp ini semua sebub Allah nak uji iman kita.
dunia ni kan hanya pinjaman, akhirat yang kekal.
sjak aku berhijrah nie, ibu aku selalu pesan,

'kak, bila kita dah pakai tudung labuh nie, akhlak kita pon kena seiring dengan penampilan kita,
jangan nanti org gelakkan kita sebub tudung je yang labuh, tp akhlak kita tak jaga'

terima kasih ibu :)
akak akan ingat pesan ibu.

tadi, mase tgh kemas2 bilik, then terjumpe artikel yang beah bagi mase dkt ostel.
sama2 kita renungkan. :)

Seorang ahli  ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya. namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya pada orang yang dianggap lebih ibadahnya demi untuk memperbaiki ibadahnya,.


Pada suatu hari, Isam bertanyakan pada seorang abid iaitu Hatim Al-Isam,' wahai tuan, bagaimanakah cara tuan solat?'


Hatim berkata, ' apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin'.


Isam bertanya, 'bagaimana cara berwudhu' zahir dan batin?'


Hatim berkata,' wudhu zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air. sementara berwudhu dgn batin ialah memabsuh anggota dgn tujuh perkara,


bertaubat
menyesali dosa yang dilakukan
tidak tergila-gilakan dunia
tidak mengharap pujian orang
tinggalkan sikap berbangga
tinggalkan sifat khianat
meninggalkan sikap dengki


Seterusnya, hatim berkata, 'kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku menhdap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kanan ku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudiannya aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan ku aku fahamkan maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dgn penuh pengharapan dan alu memberi salam dgn ikhlas. Beginilah aku solat selama 30 TAHUN. Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik pabila dibandingkan dengan Hatim.


Subahanallah, artikel ni betul2 menyentap perasaan aku. sedangkan aku pun solat bukan awal waktu,
bila dah depan tv tu, asyk ditangguh2kan solat. jauh sekali bila nak dibandingkan dgn kisah nie.
sama2 kita muhasabah diri.

k, slmt mlm.
esok pagi2 nak pgi rumah jia, siapkan hw. mintak2 dpt siap before naik skolah. :)



assalammualaikum
setulus kasih, seindah bicara







5 comments:

  1. yaya :) bukan pah n ily jer yang takut. aku pun takut yaya. kau punye pengisian memang mantop ae. penuh penginsafan beb. aku ingatkan kau, kau ingatkan aku ae :D

    ReplyDelete
  2. ala syira, kau lg mantop la, pemidato. :)
    insyaAllah,

    ReplyDelete
  3. eh ! ade name aku laa...huhu...erm,,memang meremang bulu rome aq ni bace blog kau..tp paling aku meremang bile bace ayat ni.. "semakin kita menjauhiNYA..semakin dekat Dia menghampiri"..err,,sebak sangat~

    ReplyDelete
  4. Ily, semua nie pun hanya pinjaman dariNya kan?
    Dia yang bagi aku idea utk tulis n bkongsi semua nie,
    Day, terima kasih dayana, tp tak perlu bangga dgn kita, kita tak perlu dibanggakan. :)

    ReplyDelete