Saturday 21 July 2012

Ramadhan :)


Salam Ramadhan


Apa khabar iman anda?
Semoga semakin bertambah menjelang puasa ini. InsyaAllah.
Pejam celik dah masuk Ramadhan, Alhamdulillah.
Sekejap je. 
Hari yang dinanti nantikan oleh umat Islam. 
Semoga kita sama sama mengisi Ramadhan kita dengan amal ibadat. 


"Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".
(Hadis riwayat Sahih Bukhari)

 Mari kita mengejar pintu-pintu rahmat itu dengan memperbanyakkan amalan.
Semoga Allah sentiasa merahmati kita. 
Most Important, LillahiTa'ala. 

Mari kita sama sama merubah diri dari buruk kepada baik, dan baik kepada lebih baik


"Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga".
(Hadis riwayat Riwayat an-NasaeiRiwayat an-Nasaei)


Subhanallah, mungkin puasa kita itu sah di mata manusia, tetapi di mata Ilahi?
Perbetulkan niat, niatkan kerana Allah. Berusahalah menghindari perkara sia sia. 
Kita bermujahadah sama sama melawan nafsu kay?
Kita sama sama hamba Allah yang tidak lari dari dosa kan.
Walaupun syaitan diikat pada bulan puasa, tapi kita ada musuh yang mesti kita sama sama kawal.

NAFSU.

Musuh dalam selimut ni sebab kita tak sedar yang terkadang kita dikalahkan dengan nafsu.
Nafsu makan, nafsu tidur, nafsu malas, nafsu cakap yang sia sia. Hee *terasa aku

jadi, Jom kita perangi nafsu pada bulan mulia ni! 

GRRR, NAFSU, YOU WATCH OUT! 
WE, THE MUSLIM AND MUSLIMAH OF ISLAM WILL MAKE EVERY POSSIBLE TO FIGHT YOU! 

meh sini, ada pesanan ni untuk semua dan especially diri ini jugak


"Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya."
(Riwayat Hadis Bukhari dan Muslim)


Kalau niat anda rumit untuk diperbetulkan, tak apa. Puasa dulu. Ikut ajaran Islam. Macam orang nak pakai tudung, pakai dulu. Nanti akan datang satu 'hadiah' daripada Allah, yang cuma Allah boleh bagi. Bila dapat 'hadiah' itu, insya-Allah. Anda akan rasa manisnya iman bila niat kita betul-betul fisabilillah. Kita bukan sekadar tahu sebut, kita akan tahu rasa. Nak rasa? Cubalah sendiri.
Jadi, sebelum tidur malam ini, kita baca niat puasa dulu. Tak, bukan sekadar baca, tapi cuba kita rasa. Rasa niat puasa. Rasa suasana Ramadan. Rasa indahnya keberkatan. Rasa kepuasan melawan nafsu. Menang dengan diri sendiri. 


Semoga pahala kita berganda pada bulan puasa ini. Amiinnn.
 Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.


Salam Sayang Ramadhan Al Mubarak ;)



p/s for 
 cover your aurat from unrelated views :)
Just an advice for my friends and i do remind myself.






1 comment:

  1. assalamualaikum ya, nnti jangan lupe buat kek and coklat ye. hihi. nah nie link blognye : http://www.fromintankitchen.blogspot.com/

    *suke lagu blog nie ! :)

    ReplyDelete