Saturday 23 June 2012

Demi Masa

Assalammualaikum
Hye Readers! :)


Fuh, fuh, lamanya tak update belog ni kan, huhu rasanya dah berbulan. Bak kata Ira last post masa 
14 APRIL 2012. hee
And now, I'm back. :D
Sajer je. nak hupdate saje saje. Biasalah pagi pagi nie takde pape nak buat. ngee
SELAMAT TINGGAL SEMUA!
Selamat tinggal 'benda benda' yang aku dah tinggalkan. 
Aku jumpa 'korang' lepas SPM tau. Jangan rindu aku. 
Aku ada tanggungjawab aku sendiri. Aku harap 'korang' paham aku. 
Ya Allah, aku rasa aku dah banyak sangat buang masa dengan 'korang' :'(

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

Luckily, aku ada kawan kawan yang tak putus bagi aku semangat bila aku down, 
bila aku menangis macam budak kecik tu, bila aku sedih, bila aku rasa give up. 
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya kan?
kadang kadang tak semua benda yang kita impikan, kita akan dapat. 
Kadang Allah bagi kita dugaan bukan sebab Dia tak sayangkan kita. 
Allah nak uji iman kita, jangan sebab dugaan sikit dah mudah give up.*I do remind myself. :)
Kadang kadang dugaan itu lah yang bawa kita dekat padaNya. 
 Mungkin kita selalu buang masa dengan perkara yang tak sepaatutnya kan?
Bila dah sampai masa exam, baru semua terkocoh kocoh nak catch up.
Last last result keluar, menangis sendiri. hee *terasa niiii. 
Padahal masa panjang, tapi kita yang selalu buang macam pili air pecah. 
Tup tup, masa berlalu macam tu je. Rugi kan? tup tup dah trial, tup tup dah SPM! 
haaaa. masa tu kita dah tak boleh nak undur masa lagi. Kita menangis air mata darah sekali pun, masa tu takkan datang balik. 
Ya Allah, aku bersyukur sangat Kau berikan aku kesedaran.

Macam ibu cakap, 
'Biar kita menyesal, menangis sekarang, jangan kita menangis masa ambik SPM nanti. 
Mungkin Allah nak kita muhasabah diri kita, apa khilaf kita selama ni kan?' 
Kita tak boleh nak salahkan siapa siapa. Salahkan diri kita dulu. 

Memetik kata-kata Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmuk. Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit. Namun, mungkin kerana terlalu banyak masa lapang & sihat itulah yang menyebabkan kita menjadi kurang bersyukur serta beralih fokus ke arah duniawi.


Ayah pun pernah cakap,

' Tak ada orang yang pandai atau bodoh atas muka bumi ni, yang ada hanya orang yang rajin atau malas,
semau bergantung pada diri kita'

lagi satu,
Ni ayat ayah lepas Open Day semalam. ngee


' Kalau kita bersikap pasif, semua benda kita takkan dapat, segan ada tempatnya,
kalau akak nak berjaya, akak kena buang sikap pasif tu.
Kalau akak nak capai cita cita akak tu, dengar cakap ayah'

Betul apa yang ayah cakap tu kan.
Pernah tak korang rasa sedih sangat bila tak dapat nak gembirakan hati parents?
ouh, of course semua anak akan rasa macam tu kan ?
 yela, bila kita tak dapat nak gembirakan hati orang yang kita sayang, mesti kita kecewa. :'(
Ya Allah, Aku taknak kecewakan hati parents aku. TAKNAK.
Ya Allah, tolonglah bimbingi aku, kuatkan semangat aku, permudahkan aku untuk menuntut ilmuMu.
Memang nak berjaya banyak dugaanNya, so itu semua atas diri kita.
Kita kuat atau tak nak hadapi cabaran tu bergantung pada diri kita.

Apa kita nak jawab bila dekat Akhirat Allah tanya,

MASA MUDA REMAJAMU, DI MANAKAH KAMU PERGUNAKAN?

tepuk hati, tanya iman. :)
Ya Allah, selagi kita bernafas, pergunakan masa itu sebaiknya. 

Sesungguhnya, jangan jadikan 'sibuk' sebagai alasan memperdaya kita di tengah jalan menuju Syurga.

And, lastly.

Kawan, maafkan aku jika kau rasa aku berubah, aku masih seperti yang kau kenal dulu,
Jika aku ingin berjaya, aku kena tingkatkan usaha dan buang sikap dulu kan?
Aku harap kau paham.


AKU TAKNAK MASUK SYURGA SORANG SORANG, 
AKU NAK MASUK SYURGA DENGAN KAWAN KAWAN AKU. :"(


Assalammualaikum :)















No comments:

Post a Comment