Sunday 23 October 2011

jalan ke syurga~



assalammualaikum


salam~ 
tak tau kenape tibatiba aku nak update blog nie pagi nie,,
kenape susah kan bila nak buat sesuatu perubahan yang ke arah kebaikan?
tapi, bila perubahan ke arah negatif, senang pula nak buat,,
Ya Allah, sebenarnya aku bersyukur kepadamu kerana kurniakan aku sahabat yang buleh membimbing aku,,,
aku banyak belajar dari pengalaman diorang..
kadang-kadang bila aku tengok kawan aku dah lakukan perubahan pakai tudung labuh,




google image



google image


aku terpikir 'bila seru aku nak sampai?'
aku suka tengok diorang pakai tudung labuh,,
even kadang-kadang terdetik di haty 'kenapa tiba-tiba dia berubah ekh?'
n hati aku terdetik' aku belum dapat hidayah kot nak pakai tudung labuh nie'
tengok, susah kan nak buat perubahan nie,,
macam-macam alasan,,
bile aku bace blog akak senior yang dulunye gila2, jadik perempuan yang lebih baik,,,
alhamdulillah, tapi aku bila?
ya Allah, aku cemburu Ya Allah dengan mereka!
bile kadang-kadang kumpul ramai-ramai dekat dorm,,
timbul cerita pasal dunia yang makin tua, akhirat, kenapa perempuan lebih ramai masuk neraka?,,,
siyez, aku takot sangat nak hadapi semua tu,,
sebab aku tau aku banyak buat dosa, dan amalan aku masih tak cukup lagi nak bawak ke akhirat,,
selalu aku berdoa, berilah aku hidayahMu..
selalu jugak aku terpikir
'betul ke baju aku pakai nie?'
'agak-agak sesuai ke baju aku nie?'
haih, macam-macam ku pikir,,
Ya Allah, pelihara lah aku dalam rahmatmu,,
aku ingin masuk ke SyurgaMu,,,
Nur Fatin Najihah
tanks sangat,,,kau banyak membimbing aku,,
aku bersyukur dapat kenal kau since F1,,
aku banyak belajar dari kau jia,,
aku banyak ambil pengajaran dari pengalaman kau,,
Jiha, please always by my side!
aku perlukan kau setiap mase, detik, jam, hari,,,
kau selalu bagi aku kate-kate semangat bile aku down,,
tegur bile ape yang aku buat tu salah,,
InsyaAllah, aku nak sangat masuk syurga dengan kau,,
kau lah sahabat dunia akhirat aku jia,,
same-same kita tingkatkan amalan kay menuju ke haruman syurga,,,
 andai kite terpisah kat dunia ini,
namun, InsyaAllah kita akan bertemu di syurga kelak,,amin...

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

~credit from iluvislam~


Ya Allah, tempatkanlah aku di Syurga Firdausmu bersam keluargaku, sahabat-sahabatku,,
jauhkanlah aku dari neraka mu~
bimbingilah aku ke Nur-Mu,,,

Ya Allah, aku bersyukur pabila aku nyaris saja terpesong dari Nurmu,,
kau memberiku kesedaran,,
Ya Allah, jahilnya aku,,
maafkanlah segala dosa hambamu ini,,
aku ingin bertaubat kepadamu,,
kadang-kadang aku rase macam nak menangis bila adik-adik aku liat nak solat,,
aku sayang diorang,,
aku tak nak diorang masuk neraka,,
Ya Allah, jadikan lah kami anak-anak yang Soleh dan diberkati,
InsyaAllah,,
Tiada yang mustahil di dunia ini kan?
marilah kita sama-sama berubah ke arh kebaikan,,,
dan mencari jalan menuju syurgaNya
:)



wasalam
:)




No comments:

Post a Comment